1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Azithromycin 250mg

Azithromycin 250mg adalah ubat antibiotik dan digunakan untuk merawat pelbagai jenis jangkitan bakteria. Ia adalah antibiotik jenis makrolida. Ia berfungsi dengan menghentikan pertumbuhan bakteria. Ubat ini tidak akan berfungsi untuk jangkitan virus (seperti selsema, flu). Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti loya, muntah, sakit perut dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami kencing manis, masalah buah pinggang,radang pada hati dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Azithromycin 250mg. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Azithromycin 250mg mempunyai tindak balas terhadap alcohol, antacid, warfarin dan digoxin.