1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Adakah maksud dementia (What is Dementia) dan nyanyuk sama dan bagaimana mengenali simptom kondisi ini?

Selamat pagi doktor. Saya Puan A ingin bertanya tentang keadaan ibu saya. Beliau berumur 72 tahun dan mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis. Saya ingin bertanya mengenai maksud dementia. Sejak beberapa bulan yang lalu saya menyedari terdapat perubahan pada sikapnya. Beliau menjadi lebih pemarah dan gemar mengasingkan diri daripada orang lain. Sebelum ini, beliau suka bersosial dengan ahli keluarga dan gemar berborak dengan kami sekeluarga. Selain itu, beliau juga kerap lupa tentang sesuatu perkara yang baru berlaku apabila disoal. Tetapi, pada masa yang sama pula, beliau tiada masalah untuk bercerita tentang kisah yang sudah lama berlaku seperti zaman perkahwinannya. Pernah suatu ketika ibu saya terlupa jalan pulang ke rumah dan jiran saya telah membantunya untuk membawanya pulang ke rumah dengan selamat. Saya berasa risau dengan kejadian itu dan bagi saya, keadaan ibu saya ini sangat serius. Saya mencari simptom beliau di internet dan menemui penyakit dementia. Apakah maksud dementia dan adakah ini yang sedang beliau alami? Saya harap doktor dapat membantu menyelesaikan masalah saya ini.