1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Adakah sindrom carpal tunnel (Carpal Tunnel Syndrome) memerlukan rawatan seperti fisioterapi atau pembedahan?

Selamat pagi, doktor. Saya ialah seorang wanita berusia 41 tahun yang bekerja sebagai seorang kerani. Saya ingin bertanya mengenai sindrom carpal tunnel. Saya tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan selain daripada masalah obesiti dan kolesterol tinggi. Dalam 3 bulan yang lepas, saya telah mengalami masalah pada tangan kanan saya. Kadang-kadang tangan saya berasa kebas dan sesemut terutamanya di bahagian ibu jari.Masalah ini sudah menjadi semakin teruk sehingga saya terbangun daripada tidur kerana tangan terlalu sakit dan kebas. Rasa sakit ini berkurang sekiranya saya mengoyang-goyangkan tangan sekejap. Namun demikian, masalah ini telah menjejaskan prestasi saya di pejabat kerana susah untuk saya menaip laporan dengan cepat untuk bos saya. Saya telah cuba mengurut dan menyapu minyak kapak pada tangan tetapi tidak kurang juga sakitnya. Rakan sekerja saya memberitahu bahawa mungkin saya mengalami sindrom carpal tunnel. Bolehkah doktor menerangkan tentang masalah ini serta cara merawatnya? Saya harap doktor dapat membantu menyelesaikan masalah saya ini.