1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Kenapa terjadinya angin ahmar dan apakah punca stroke (Stroke Causes)?

Hello, doktor. Saya seorang lelaki berumur 45 tahun yang bujang. Saya tinggal bersama ayah saya yang berumur 68 tahun. Saya ingin bertanya mengenai punca strok. Semalam, apabila saya balik ke rumah selepas bekerja, saya mendapati ayah saya mengalami kesusahan untuk bergerak kerana kaki kanannya tiba-tiba lemah. Apabila ditanya secara lanjut, beliau berkata bahawa beliau telah pengsan petang itu untuk beberapa minit. Sebelum ayah saya pengsan, dia tidak melakukan apa-apa aktiviti dan hanya menonton televisyen. Selain itu, ayah saya mempunyai penyakit kronik yang lain seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis yang telah didiagnosis setahun yang lalu. Saya amat risau kerana pada pendapat saya, gejala ini serupa dengan serangan angin ahmar. Namun demikian, ayah saya merupakan seorang yang degil yang tidak suka ke hospital. Bolehlah doktor terangkan sedikit mengenai angin ahmar ini? Betulkah ayah saya mengalami masalah angin ahmar? Apakah punca stroke? Apakah yang harus saya lakukan memandangkan ayah sendiri tidak ingin ke hospital? Terima kasih doktor.