1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Bahayakah kesan jangkitan kuman dalam darah (Septicaemia) kepada manusia?

Selamat pagi, doktor. Saya seorang anggota polis yang berusia 46 tahun. Saya sudah berkahwin dan isteri saya seorang suri rumah berusia 44 tahun. Kami mempunyai seorang anak sahaja yang berusia 16 tahun. Saya ingin bertanya mengenai kuman dalam darah. Anak saya pada beberapa bulan lepas telah mengalami sebuah kemalangan dan kaki kirinya telah patah. Doktor telah meletakkan ‘plate’ di dalam dan ianya semakin sembuh. Namun demikian, baru-baru ini saya mendapati kaki anak saya kelihatan merah sangat. Apabila disentuh ia berasa panas dan anak saya mengadu sakit. Selain itu, dia juga demam sejak beberapa hari ini. Saya membawanya ke hospital dan doktor mengatakan telah berlaku jangkitan kuman pada ‘plate’ yang berada dalam kakinya. Selain itu, selepas melakukan beberapa ujian doktor juga mengatakan kuman tersebut telah memasuki aliran darah anak saya dan itulah sebabnya anak saya kelihatan agak serius. Saya langsung tidak tahu apa-apa mengeani masalah kuman dalam darah ini. Bolehkah doktor menceritakan kepada saya mengenai masalah kuman dalam darah?