1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Bolehkah doktor menjelaskan penyakit bawaan air (Water-borne Disease) dan rawatannya?

Selamat pagi doktor. Saya Cik Ain berusia 22 tahun, seorang pelajar di sebuah universiti. Saya ingin bertanya mengenai penyakit bawaan air. Dua hari yang lepas, rakan sekelas saya telah ditahan di hospital kerana mengalami sakit perut, cirit-birit, dan muntah yang teruk. Jadi, dia tidak boleh ke sekolah kerana badannya sangat lemah. Doktor memaklumkan bahawa dia menghidapi penyakit bawaan air. Setelah diselidiki, doktor mengesyaki penyakitnya berpunca daripada air minuman yang telah tercemar ketika diambil. Air ini dibeli oleh rakan saya daripada sebuah gerai berdekatan kampus kami. Gerai itu apabila dilihat dengan teliti mempunyai persekitaran yang agak kotor dengan sampah sarap yang banyak dan kadang-kadang saya ternampak beberapa ekor tikus di longkang gerai tersebut. Saya berasa risau kerana pernah membeli minuman dari tempat yang sama walaupun pada hari yang berbeza. Adakah saya juga berisiko untuk mendapat sakit seperti rakan saya? Mohon penjelasan doktor tentang penyakit bawaan air ini dan cara untuk mengelak daripadanya.