1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Adakah gastrik (Gastritis) dan sakit dada (Chest Pain) berkaitan dan cara mengubatinya?

Selamat pagi doktor. Saya Encik A berusia 32 tahun, seorang pengurus restoran yang tiada masalah kesihatan. Saya ingin bertanya mengenai masalah gastrik dan sakit dada. Sejak sebulan yang lalu saya kerap mengalami rasa pedih dan sakit di bahagian dada. Sakit itu datang dengan tiba-tiba, dan ia terasa seperti panas terbakar, tetapi sakit tesebut tidak merebak ke bahagian lain. Saya cuba mengurut dada untuk menghilangkan rasa sakit tersebut tetapi tiada sebarang kesan. Saya tidak tahu ubat apa yang sesuai untuk menghilangkan masalah sakit dada ini. Ianya menjadi lebih teruk jika saya tidak menjamah sebarang makanan. Kadang-kala, saya turut berasa loya selain mengalami perut kembung dan berangin.Rakan-rakan mengatakan bahawa simptom yang saya alami ini merujuk kepada pedih ulu hati dan mereka menyebut tentang penyakit gastrik. Tetapi, saya kurang jelas tentang perkaitan di antara gastrik dan sakit dada yang muncul. Adakah saya turut mempunyai masalah lain di bahagian dada seperti masalah jantung? Mohon pencerahan doktor.