1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Bagaimana ubat kuat zakar boleh membantu lelaki yang mempunyai masalah mati pucuk dan kesan sampingannya?

Selamat pagi doktor. Saya berusia 40 tahun dan telah berkahwin. Saya ingin bertanya mengenai ubat kuat zakar. Saya tidak mempunyai masalah kronik melainkan penyakit kencing manis yang cuba saya kawal sendiri dengan mengamalkan diet yang sesuai dan ubat kencing manis yang telah diberikan oleh doktor. Saya menghubungi doktor untuk bertanyakan tentang masalah tenaga batin yang saya alami. Sejak sebulan lepas hingga kini, sudah tiga kali saya cuba melakukan hubungan intim dengan isteri. Masalah yang sama berlaku dimana dalam ketiga-tiga situasi, zakar saya tidak naik seperti yang sepatutnya. Saya berasa risau memikirkan adakah keadaan ini akan berlarutan untuk jangka masa yang lama. Isteri mencadangkan saya untuk mengambil ubat kuat zakar, tetapi saya tidak begitu arif. Saya cuba untuk pergi ke farmasi untuk membeli ubat ini tetapi saya telah membatalkan hasrat tersebut kerana terlalu malu dengan masalah yang saya hadapi ini. Bolehkah ubat ini membantu saya? Apakah kesan sampingan yang boleh terjadi sekiranya saya mengambilnya? Mohon pandangan doktor.