1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Apakah itu pil perancang Mercilon (Combined Oral Contraceptive Pill) dan faedah pengambilannya?

Selamat petang, doktor. Saya adalah seorang wanita berusia 29 tahun yang baru berkahwin selama 3 bulan. Saya bekerja sebagai seorang penjual insurans. Saya ingin bertanya mengenai pil perancang mercilon. Saya amat bahagia bersama suami tersayang tetapi kami masih belum bersedia untuk mempunyai anak kerana kami masih ingin menumpukan perhatian dalam kerjaya masing-masing. Namun, saya dengan suami tidak suka menggunakan kondom semasa menjalinkan hubungan seksual kerana berasa tidak selesa. Setakat ini, nasib baiklah saya masih mendapat haid setiap bulan. Saya memang sedia maklum bahawa terdapat pelbagai jenis pil perancang yang mudah didapati di pasaran tetapi saya tidak tahu yang mana sesuai untuk badan saya ini. Baru-baru ini, rakan sekerja saya telah mencadangkan supaya memakan pil perancang Mercilon untuk mencegah kehamilan sebelum bersedia untuk melahirkan anak. Adakah pil perancang ini berkesan untuk mencegah kehamilan ataupun suami masih perlu menggunakan kondom? Saya berasa sedikit bimbang untuk makan pil ini kerana sebelum ini saya jarang makan ubat. Bolehkah doktor terangkan serba sedikit mengenai pil ini?