1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Bagaimanakah meruang (Vaginal Douching) berfungsi dan kesan sampingannya serta teknik pengunaan ?

Selamat pagi, doktor. Saya seorang wanita yang berumur 28 tahun. Saya masih bujang tetapi mempunyai seorang teman lelaki. Saya ingin bertanya mengenai meruang. Saya tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan, namun saya mengalami ketidakselesaan di bahagian vagina saya sejak beberapa bulan yang lalu. Baru-baru ini, saya mengalami pengeluaran cecair dari faraj yang berwarna keputihan dan ada kalanya berwarna kekuningan. Ia juga mempunyai sejenis bau yang tidak menyenangkan. Selain itu, kitaran haid saya adalah normal dan tidak mempunyai sebarang masalah dengan haid. Saya telah berbincang dengan rakan sekerja saya dan dia mencadangkan saya untuk meruang dengan menggunakan produk meruang yang boleh didapati di pasaran. Saya telah mencuba produk tersebut, namun kerengsaan di bahagian vagina menjadi semakin teruk dan juga menyebabkan kegatalan yang teruk. Walaupun saya mengamalkan kebersihan diri termasuk mencuci bahagian vagina dengan cara yang betul, masalah kerengsaan vagina tidak bertambah baik. Hal ini mengganggu aktiviti sosial saya dan saya bimbang masalah ini akan berlarutan selepas saya berkahwin. Apakah harus saya lakukan, doktor?