1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Bagaimanakah untuk menjaga pankreas (Pancreas) dan fungsinya?

Selamat pagi, doktor. Saya seorang lelaki berumur 47 tahun, mempunyai perniagaan sendiri,  sudah pun berkahwin dan isteri saya bekerja sebagai seorang setiausaha di sebuah syarikat swasta. Kami mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah. Saya ingin bertanya mengenai masalah pankreas. Saya mempunyai tabiat merokok dan ini telah dimulakan sejak 20 tahun yang lalu. Saya juga sering kali minum minuman beralkohol dan kadang kala sehingga tahap mabuk. Kedua-dua tabiat ini memang tidak disukai oleh isteri saya dan beliau sudah pun menasihati saya unuk berhenti namun saya masih tidak dengar. Baru-baru ini saya berasa sakit pada bahagian kiri perut saya. Pada mulanya sakit tersebut sedikit sahaja dan saya ingatkan angin dan mengambil ubat. Namun sakit tersebut bertambah teruk sehingga merebak ke bahagian belakang badan saya. Saya sangat bimbang dan tidak tahu apa masalah yang saya alami ini. Bolehkah doktor menerangkan kepada saya mengenai masalah ini? Adakah masalah ini berkaitan dengan hati atau perut atau pun bahagian pankreas saya?