1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Apakah itu biji chia(Chia seed) dan khasiat serta kegunaanya?

Hello, doktor. Saya ingin bertanya mengenai khasiat chia seed. Saya berumur 36 tahun dan saya sedang mencari suplemen tambahan untuk diamalkan seharian untuk kesihatan dan kuruskan badan. Berat badan saya sangat cepat naik walaupun saya makan dalam kuantiti makanan yang sedikit. Saya berasa agak risau memikirkan hal ini dan mengambil keputusan untuk mencuba suplemen yang boleh membantu saya untuk mengurangkan berat badan. Saya telah mencuba pelbagai jenis ubat dan jamu tradisional dan saya merasakan rawatan tersebut seperti tidak memberi kesan kepada saya. Sebelum ini, saya ada mencuba jus delima dari syarikat terkemuka tetapi wujud pula kesan sampingan yang lain. Badan saya mula menjadi gatal-gatal, ruam dan saya tidak boleh tidur malam dengan nyenyak setiap hari. Saya berfikir mungkin ia bukan hasil daripada jus delima yang asli dan badan saya tidak sesuai dengannya. Baru-baru ini, kawan saya mengesyorkan pengambilan biji chia dan saya ingin bertanya kepada doktor, patutkah saya mengamalkan pengambilan biji chia dan apakah kesan sampingan daripada biji tersebut?