1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Bolehkah doktor mejelaskan kebaikan dan keburukan melancap(Masturbation) pada lelaki dan perempuan ?

Selamat pagi, doktor. Saya seorang lelaki berumur 17 tahun. Saya ingin bertanya mengenai kesan melancap. Saya berasa agak segan untuk kongsikan masalah ini kepada ibu bapa atau adik beradik saya. Saya masih sedang belajar di sekolah menengah. Sejak kebelakangan ini, saya mempelajari sesuatu yang baru apabila bersama kawan-kawan saya di sekolah. Saya berasa sangat malu untuk bercerita mengenai masalah ini namun terpaksa beritahu kerana bimbang akan membawa kesan buruk pada masa akan datang. Kawan-kawan saya sering kali bercerita mengenai melancap. Pada masa itu, saya masih tidak tahu apa maksudnya dan mereka menerangkan kepada saya apa yang harus dilakukan untuk melancap. Setelah balik ke rumah saya segera mencuba untuk melancap dan mendapati ia sesuatu yang sangat menenangkan. Berikutan itu, saya mengamalkan aktiviti melancap ini setiap hari dan kadang kala sehingga 3 kali sehari. Baru-baru ini saya tiba-tiba berasa takut kerana bimbang akan kesan melancap yang buruk. Bolehkah doktor terangkan kepada saya apakah kesan melancap?